Tuesday, July 15, 2008

Char Kuey Teow

Char Kuey Teow


Bahan-bahan

* 1/4 bungkus kuey teow
* 1 sudu besar cili boh
* 1 ulas bawang merah - dihiris
* 2 ulas bawang putih - diketuk
* 5-6 ekor udang besar-dibuang kulit dan tinggalkan bahagian ekor
* 3 sudu besar kicap pekat
* 1 sudu besar kicap cair ( namla - kicap sotong Thai )
* 1 sudu besar kicap manis
* 3 sudu besar sos cili
* 20 sen taugeh
* 20 sen kucai (di kerat-kerat)


Cara-cara

1. Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau.Masukkan cili boh dan kacau hingga cili masak (pastikan cili cukup masak untuk mengelakkan sakit perut)
2. Masukkan udang hingga sedikit garing
4. Setelah separuh masak,masukkan kicap pekat,kicap cair( namla-kicap sotong Thai ),kicap manis dan sos cili (boleh masukkan sedikit air jika tumisan terlalu kering - biar basah-basah sikit)
3. Setelah mendidih,masukkan kuey teow dan cili padi.Gaul rata.
4. Segera masukkan kucai diikuti taugeh.Gaul rata dgn api yg kecil. Pastikan kucai telah layu di dalam gorengan kuey teow.
5. Hidangkan.Enak dimakan begitu sahaja atau dengan cili jeruk.

Kalau nak pekena mai laa... kat Jitrgha Kedah nooo...

No comments: